Bekalan ayam sudah stabil di pasaran

Serdang: Bekalan ayam kini sudah kembali stabil di pasaran selepas berdepan krisis sejak beberapa minggu lalu.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, setakat ini tiada pengurangan bekalan yang dilaporkan di pasaran.

Menurutnya, keadaan ini didorong dengan peningkatan pengeluran ayam di peringkat ladang yang sudah kembali stabil.

“Setakat ini bekalan ayam di pasaran sudah kembali stabil,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Majlis Pra Pelancaran Pameran Pertanian, Hortikultur dan Pelancongan Agro (Maha) 2022 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps), di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Ronald berkata, subsidi yang diberikan kerajaan antara 60 sen hingga RM1.40 sekilogram membantu mengurangkan masalah bekalan yang dihadapi.

Katanya, subsidi itu akan ditamatkan hujung bulan ini dan kerajaan akan menampung kos pada bulan seterusnya.

“Eksport ayam ke Singapura juga masih belum dibenarkan bagi membolehkan bekalan ayam bagi pasaran tempatan stabil terlebih dulu,” katanya.

Sejak beberapa minggu lalu, berlaku kekurangan ketara bekalan ayam di pasaran sehingga menyebabkan harga dinaikkan mencecah RM13 sekilogram.

Bukan hanya pengguna yang sukar mendapat bekalan, masalah sama turut dirasai peniaga yang mengalami penyusutan bekalan lebih 80 peratus.

METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker