Anak Keluar Beli Kek Hari Jadi, Hanya Jasad Kaku Kembali

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Itulah situasi yang dilalui wanita ini apabila anaknya telah dijemput Ilahi kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya baru-baru ini.

Anak maut ketika keluar beli kek

Keterujaan untuk menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-16 bertukar menjadi duka apabila remaja terbabit yang keluar untuk membeli kek hari jadinya maut dalam nahas jalan raya di kawasan Pudu. Kisah pilu berkenaan dikongsikan oleh Pertubuhan Kebajikan Amal Jalanan-PKAJ di Facebook.

Almarhum berusia 16 tahun meninggal akibat kemalangan jalan raya di traffic light Petronas Pudu. Arwah dikatakan keluar rumah untuk membeli kek hari jadinya pada 15 Jun 2022 (semalam) untuk di sambut bersama keluarga.

Apa yang lebih memilukan apabila skuad pengurusan dan juga si ayah datang membawa jasad yang sudah terbujur kaku pulang ke rumah. Alangkah pedihnya melihat seorang ibu yang tidak menyangka bahawa anaknya pulang dengan tidak lagi bernyawa.

Namun Allah sebaik-baik perancang tanpa kita mengetahui apa yang akan berlaku.

Menerusi perkongsian seorang pengguna TikTok dikenali sebagai AmJepun, memapar wanita berkenaan dilihat menangis meraung-raung seperti tidak dapat menerima kenyataan bahawa anak lelakinya yang baru sahaja keluar itu sudah tiada.

Difahamkan, si ibu tidak mengetahui bahawa anaknya terlibat dalam kemalangan kerana sedang sibuk memasak untuk jamuan menyambut hari lahir anaknya itu.

Di saat kami membawa jenazah pulang. Beliau masih tidak percaya yang kami membawa jenazah anaknya.

Walau bagaimanapun, jenazah telah selamat dikebumikan dengan dibantu oleh sahabat-sahabatnya di Tanah Perkuburan Islam Taman Sri Sinar, Segambut.

Berat betul ujian si ibu

 

 

@pemburujenazah Allahuakbar. Berat betul dugaan makcik ini. Jenazah yg kami bawa adalah jenazah anaknya yg terlibat dalam kemalangan. #pkaj #teamfardhukifayahpkaj #fyp #fypシ #vanjenazahviral #fypdongggggggg #tiktokmalaysia🇲🇾 ♬ Sedih – Instrumental – Asraf Studio

pemburujenazah

Leave a Reply