Presiden, PM Korea Selatan nikmati hidangan laut buktikan sisa radioaktif yang dilepas tidak menjejaskan

Presiden, PM Korea Selatan nikmati hidangan laut buktikan sisa radioaktif yang dilepas tidak menjejaskan

Presiden, PM Korea Selatan nikmati hidangan laut buktikan sisa radioaktif yang dilepas tidak menjejaskanBERNAMA-YONHAP facebook sharing buttonwhatsapp sharing buttontwitter sharing button Penduduk Korea Selatan membantah pelepasan sisa radioaktif Jepun ke lautan. - FOTO Reuters Penduduk Korea Selatan membantah pelepasan sisa radioaktif Jepun ke lautan. - FOTO Reuters Seoul: Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol dan Perdana Menteri Han Duck Soo menikmati hidangan makanan laut semasa mesyuarat makan tengah hari mingguan mereka pada Isnin bagi mempromosi keselamatan makanan laut susulan pelepasan air sisa radioaktif Jepun ke lautan. Makanan laut juga dihidangkan di kafeteria pejabat presiden, kata pejabat presiden. Pejabat presiden berkata pelbagai jenis makanan laut akan dihidangkan di kafeteria sepanjang minggu, bermula dengan hirisan ikan mentah dan ikan tenggiri panggang pada Isnin, lapor agensi berita Yonhap. "Jumlah orang yang makan di kafeteria hari ini 1.5 kali lebih lebih ramai daripada biasa, termasuk ramai kakitangan yang membatalkan janji temu makan tengah hari mereka untuk makan di kafeteria," kata pejabat presiden dalam satu nota kepada pemberita. ADVERTISING Setiausaha kanan presiden bagi hal ehwal politik Lee Jin Bok dan setiausaha kanan akhbar Kim Eun Hye adalah antara yang menjamu selera, katanya. Kafeteria kehabisan ikan mentah awal kerana permintaan yang tinggi. Keselamatan makanan laut menjadi isu utama selepas Jepun mula melepaskan air sisa radioaktif terawat ke lautan sejak minggu lepas dari loji kuasa nuklear Fukushima yang lumpuh, yang menurut kerajaan Jepun pelepasan itu tidak mendatangkan bahaya kepada kesihatan selagi ia dilakukan dengan cara yang selamat dari segi saintifik.
Penduduk Korea Selatan membantah pelepasan sisa radioaktif Jepun ke lautan. – FOTO Reuters

Seoul: Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol dan Perdana Menteri Han Duck Soo menikmati hidangan makanan laut semasa mesyuarat makan tengah hari mingguan mereka pada Isnin bagi mempromosi keselamatan makanan laut susulan pelepasan air sisa radioaktif Jepun ke lautan.

Makanan laut juga dihidangkan di kafeteria pejabat presiden, kata pejabat presiden.

Pejabat presiden berkata pelbagai jenis makanan laut akan dihidangkan di kafeteria sepanjang minggu, bermula dengan hirisan ikan mentah dan ikan tenggiri panggang pada Isnin, lapor agensi berita Yonhap.

“Jumlah orang yang makan di kafeteria hari ini 1.5 kali lebih lebih ramai daripada biasa, termasuk ramai kakitangan yang membatalkan janji temu makan tengah hari mereka untuk makan di kafeteria,” kata pejabat presiden dalam satu nota kepada pemberita.



Setiausaha kanan presiden bagi hal ehwal politik Lee Jin Bok dan setiausaha kanan akhbar Kim Eun Hye adalah antara yang menjamu selera, katanya. Kafeteria kehabisan ikan mentah awal kerana permintaan yang tinggi.

Keselamatan makanan laut menjadi isu utama selepas Jepun mula melepaskan air sisa radioaktif terawat ke lautan sejak minggu lepas dari loji kuasa nuklear Fukushima yang lumpuh, yang menurut kerajaan Jepun pelepasan itu tidak mendatangkan bahaya kepada kesihatan selagi ia dilakukan dengan cara yang selamat dari segi saintifik.

Presiden, PM Korea Selatan nikmati hidangan laut buktikan sisa radioaktif yang dilepas tidak menjejaskan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Hadi Awang Cabar Kuasa Raja?



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button