Pengerusi FGV didakwa terima gaji hampir setengah juta

Felda Global Ventures (FGV) dijangkakan akan bermesyuarat hari ini, 23 Jun 2022. Pagi ini satu dakwaan panas telah dinaikmuat ke media sosial berkaitan Pengerusi FGV.

Menerusi kandungan tersebut, penulis mendakwa, Datuk Dzulkifli Abd Wahab selaku Pengerusi FGV akan menerima kenaikan elaun dari RM300,000 ke RM480,000. Ini diikuti elaun Ahli Lembaga Pengarah dari RM120,000 ke RM150,000.

Dakwaan asal dilakukan oleh seorang ahli politik yang dikenali dengan nama Sang Kelembai atau dikenali sebagai Zaharin Yasin.

Pautan asal – Zaharin Mohd Yasin

 

 

Zaharin sebelum ini pernah disaman oleh MRCB dan beberapa pihak lain termasuk pengimport daging ke Malaysia kerana seringkali menaikmuat kandungan yang tidak benar. 

Adakah dakwaan ini benar atau hanya sekadar khabar angin? Pihak FGV sewajarnya menjelaskan dakwaan tersebut dan jika perkara itu tidak benar, tindakan sepatutnya perlu dilakukan dengan segera.

FELDA merupakan antara aset negara untuk perkembangan ekonomi dan penubuhan FGV adalah untuk membawa Felda ke taraf yang lebih baik.

Wisma FGV

Penambahan pendapatan menerusi FGV akan turut dinikmati para peneroka Felda dan tidak patut sekiranya Pengerusi serta Lembaga Pengarah menaikkan elaun ketika ekonomi negara mengalami masalah ekoran covid19.

FELDA juga pernah mengalami kerugian yang teruk sewaktu pemerintahan Pakatan Harapan. Jadi tiada sebab untuk FELDA kembali ke zaman kegelapan 22 bulan yang hanya meninggalkan kesan buruk terhadap peneroka Felda itu sendiri.

Penguasaan Felda ke atas FGV perlu utamakan kepentingan peneroka – Kaukus

Leave a Reply