Isu Nazlan, Zeti, Tawfiq ; Peguam Negara “wajib” jawap

 

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal

Nazlan, Zeti & Tawfiq



Isu membabitkan Mohd Nazlan Ghazali, Zeti Aziz dan Tawfiq Ayman masih ‘terperuk’ di Pejabat Peguam Negara sehingga hari ini. Perkara ini menimbulkan persoalan kalangan mereka yang mengikuti rapat perkembangan tersebut.

Seperti mana semua maklum, Tommy Thomas, bekas Peguam Negara mendedahkan penglibatan Zeti dan Tawfiq dalam skandal 1MDB. Bukan sahaja Tommy, Tim Liessner juga mendedahkan perkara sama dalam isu berkaitan Zeti dan Tawfiq.

Siasatan telah disampaikan kepada Pejabat Peguam Negara, namun apa tindakan susulan masih kabur seolah tidak ada apa yang berlaku.

Baca – MAHATHIR TIDAK BERANI ULAS KES ZETI



Begitu juga dengan isu Mohd Nazlan Ghazali yang didedahkan Raja Petra Kamarudin. Beliau didakwa menerima sejumlah wang untuk ‘perkhidmatan’ dari Jho Low serta ‘conflict of interest’ dalam penubuhan SRC.

Siasatan oleh SPRM telah selesai dan laporan juga telah dihantar ke Pejabat Peguam Negara. Menerima nasib sama seperti isu Zeti dan Tawfiq, segalanya terpendam tanpa sebarang tindakan susulan.

Baca juga – PENDEDAHAN TIM LIESSNER

Rakyat serta netizen yang mengikuti perkara tersebut tertanya adakah semua ini sekadar melengkapkan siasatan atau memang ada tindakan sewajarnya.



Menolak kemungkinan “sweep under the carpet”, Pejabat Peguam Negara haruslah mengeluarkan kenyataan yang kukuh bagi menyakinkan semua pihak bahawa mereka tidak ‘berat sebelah’ dalam kes berprofil tinggi.

Tawfiq dan Zeti ; apa tindakan Pejabat Peguam Negara?

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button