Arah bubar Umno, Mahathir pembohong!
Oleh – Ku Zairi Ku Kamal
Bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir jelas telah berbohong apabila menafikan beliau pernah mengarahkan Presiden Umno, Dato Seri Zahid Hamidi untuk membubarkan Umno.
Beliau mengulangi pembohongannya dihadapan wartawan di Langkawi. Mahathir meminta Zahid mengemukakan bukti beliau pernah mengarahkan Zahid berbuat demikian.
Zahid dalam keterangan di Mahkamah pada 28 Jun 2022, menyatakan Mahathir telah meminta beliau membubarkan Umno dan menyertai PPBM dalam satu pertemuan.
Pertemuan tersebut turut dihadiri Timbalan Presiden Mohamad Hasan dan Naib presiden Ismail Sabri Yaakob, Mahdzir Khalid dan Khaled Noordin diadakan pada September 2018.
Pada Mei 2019, Pakatan Harapan berjaya mengambil alih kuasa di Putrajaya selepas menang PRU14. Mahathir kemudiannya dilantik sebagai Perdana Menteri Ke-7, namun hanya bertahan selama 22 bulan.
Zahid turut mendedahkan bagaimana 12 Ahli Parlimen Umno telah berpaling tadah selepas PH menang. Ini berkemungkinan ada tekanan tertentu dari PH terutama individu paling berkuasa waktu itu.
Zahid berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mula menyiasatnya selepas pertemuan pertamanya dengan Mahathir pada Jun 2018, dan dia didakwa di mahkamah pada 18 Okt 2018.
Barisan kepimpinan UMNO selepas era Zahid