Lelaki tunjuk ‘anu’ depan 3 remaja berjaya ditahan polis

Putrajaya: Tindakan lelaki menunjukkan kemaluannya di hadapan tiga remaja perempuan membawa padah apabila ditahan polis, semalam.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, suspek, 38, ditahan polis pada 3 petang di kediaman ibunya di sini susulan laporan daripada dua remaja, kelmarin.

Menurutnya, supek dipercayai melakukan perbuatan itu di tempat letak kereta awam di hadapan kompleks Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Presint 9 (2) pada Selasa lalu.



Katanya,suspek yang tidak berkahwin adalah seorang penganggur tinggal bersama ibunya berusia 74 tahun.

“Suspek berasal dari Bandar Baru Uda, Johor Bahru mengaku menunjukkan anunya kepada pelajar terbabit,” katanya.

Katanya, hasil siasatan suspek mengaku terlibat dalam kes itu.

“Suspek ditahan reman semalam untuk siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 15(a) Akta Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017,” katanya.



METRO


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading