Lim Kit Siang ‘buta’ sejarah Pakatan Harapan

Lim Kit Siang buta sejarah

Oleh – Bakhtiar Omar

Ahli politik veteran DAP, Lim Kit Siang buta sejarah Pakatan Harapan sebaik sahaja melihat foto Penny Wong, Menteri Luar Negeri Australia berjumpa Menteri Luar Negeri Malaysia, Saifuddin Abdullah.



Lim Guan Eng , Anthony Loke, Yeo Bee Yin, Teresa Kok, Gobind Singh, mendiang Liew Vui Keong, M. Kulasegaran, Xavier Jayakumar dan P. Waytha Moorthy, merupakan wakil dari Pakatan Harapan yang berpeluang menjadi Menteri selepas PRU14.

Lim Guan Eng merupakan antara Menteri kaum Cina paling berkuasa ketika PH memerintah. Selaku Menteri Kewangan, Guan Eng mempunyai pengaruh paling besar dalam dasar pentadbiran Malaysia ketika itu. 

Lim Kit Siang

Namun, Guan Eng GAGAL membuktikan kehebatan beliau selaku Menteri Kewangan sebaliknya karektor beliau lebih kepada ‘Menteri Kewayangan’ bila memperkenalkan ‘wang percuma’ bernilai RM30 menerusi e-wallet.



Mengapa Lim Kit Siang cuba menggambarkan peluang Penny Wong menjadi Menteri jika beliau merupakan ahli politik di Malaysia?

DAP MASIH ‘MENJUNJUNG’ KONSEP MALAYSIAN MALAYSIA

Pakatan Harapan PRU14

Kit Siang tidak boleh menafikan Aspirasi konsep Malaysian Malaysia telah berjaya digunapakai semasa pentadbiran 22 bulan Pakatan Harapan.

Agak pelik apabila Kit Siang cuba membandingkan kedudukan Penny Wong, seorang berbangsa Cina kelahiran Malaysia yang berpeluang menjadi Senator pada 2002 di Australia dengan peluang sekiranya beliau masih rakyat di Malaysia.



Sebagai rekod, Penny telah berhijrah ke Australia ketika berusia 8 tahun selepas perceraian ibubapanya. Ibunya seorang Inggeris Australia manakala bapanya seorang Cina dari Sandakan.

Kit Siang yang cuba memberi gambaran diskriminasi kaum masih tebal di Malaysia apabila menimbulkan persoalan mengenai jawatan Penny sekiranya beliau bukan Senator di Australia.

Penny Wong
Petikan dari Wikipedia

Mengapa Kit Siang enggan mendedahkan kehidupan Penny sebagai seorang lesbian di Australia? Kerana, Kit Siang tahu perkara kehidupan sebagai Lesbian tidak diterima sepenuhnya oleh kaum Cina di Malaysia dan bertentangan dengan norma kehidupan rakyat Malaysia.

Modus DAP yang sentiasa cuba memulakan hasutan berbau perkauman ini sinonim dengan kewujudan parti itu sendiri. Kit Siang tahu DAP kini berdepan dilemma selepas Pakatan Harapan tidak lagi memerintah.



LIM KIT SIANG CARI PUBLISITI MURAHAN

Bagi mendapatkan kembali sokongan kaum Cina kepada DAP, sesuatu yang berpotensi untuk dijadikan ‘semangat’ amat diperlukan, maka Kit Siang mengambil kesempatan dengan pertemuan Penny dan Saifuddin.

Inilah formula DAP sejak 40 tahun lampau. Hasut dan hasut kemudian buat-buat tidak bersalah. Lim Kit Siang mungkin masih ‘bodoh’ bila menggunakan publisiti yang diperolehi Penny bagi keuntungan politik DAP.

Belia perlu sedar, DAP kini sudah tidak diterima rakyat akibat PENIPUAN yang telah Pakatan Harapan lakukan sepanjang 22 bulan memerintah.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button