Surat terbuka kepada Ismail Sabri Yaakob

Oleh Ku Zairi Ku Kamal

Keluarga Malaysia

Pihak editor telah menerima satu surat terbuka teguran seorang individu kepada Perdana Menteri, Dato Sri Ismail Sabri Yaakob.

Individu tersebut merupakan seorang ahli Umno dan beliau telah meminta pihak kami menyiarkannya.

“Salam DS PM



Saya hanya sampaikan luahan rakyat terhadap kerajaan hari ini.

Mereka menganggap kerajaan Keluarga Malaysia hanya menekan kehidupan sukar yang baru hendak dimulakan balik pasca pandemik.

Segala kenaikan harga barang menyebabkan rakyat berang dan menyalahkan barisan Kabinet yg tidak kompetetif serta hanya memberi alasan demi alasan.

Walau DS cuba perkenalkan pelbagai insentif untuk rakyat, kami berterimakasih namun keadaan sekarang tidak sama.



Ditambah pasukan aktivis media sosial di bawah PMO tidak berkesan dan sering menyalahkan rakyat, ia telah banyak merosakkan imej DS sendiri.

Ini semua memberi impak yang tidak baik untuk Keluarga Malaysia. Belum lagi menyentuh spekulasi berkaitan kronisme terutama membabitkan Jovian, menantu DS sendiri.

Ismail Sabri Yaakob
Perdana Menteri, Dato Sri Ismail Sabri Yaakob

Saya mohon DS serta kabinet Keluarga Malaysia memikirkan alternatif yg lebih baik dari jenama Jihad Inflasi yang tidak membantu imej PM serta Keluarga Malaysia.

Kenyataan bercanggah antara kementerian dan menteri juga menyumbang kepada kemarahan rakyat.

KERAJAAN CAMPURAN SEBABKAN UMNO DIPERSALAHKAN RAKYAT

Sebagai ahli Umno, saya tidak tahan bila kerajaan Keluarga Malaysia yang silap langkah tetapi Umno yang dipersalahkan dan menerima beban kesilapan sebuah kerajaan campuran.

Seolah Umno hanyalah ‘pencacai tukang bersih najis’ sahaja layaknya dalam Keluarga Malaysia. 

Adakah UMNO sehina itu DS? 

Ini ternyata merosakkan imej Umno itu sendiri sekaligus menghakis keyakinan rakyat kepada Umno dan BN.

Saya minta maaf terpaksa meluahkan kepada DS.

Ini pandangan ikhlas saya. Bubarkanlah parlimen segera bagi menjernihkan serta meredakan kemarahan rakyat. Yang paling penting kita dapat selamatkan imej serta maruah Umno.

Sekali lagi saya mohon maaf jika DS tidak dapat menerima luahan saya”.

Pihak kami tidak dapat menyiarkan nama penulis kerana beliau mahu identitinya dirahsiakan. 

Penafian – Surat terbuka ini tiada kaitan dengan editorial dan pendirian atau apa sahaja yang berkaitan dengan MyTvOnline.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker