Makanan sejuk beku tanpa permit import RM13.3 juta dirampas

Makanan sejuk beku tanpa permit import RM13.3 juta dirampas

Makanan sejuk beku tanpa permit import RM13.3 juta dirampas
Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas 657,050 kilogram makanan sejuk beku tanpa permit sah dianggarkan bernilai RM13.3 juta dalam satu pemeriksaan di kawasan perindustrian, Bahagian Bintulu, semalam. NSTP/Ihsan PGA

KUCHING: Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas 657,050 kilogram makanan sejuk beku tanpa permit sah dianggarkan bernilai RM13.3 juta dalam satu pemeriksaan di kawasan perindustrian, Bahagian Bintulu, semalam.

Komander Briged Sarawak PGA, Dr Che Ghazali Che Awang, berkata pasukannya menemui lokasi penyimpanan bahan sejuk beku yang diragui statusnya dalam pemeriksaan di Kemena Industrial Estate, jam 8 pagi.

Katanya, pemeriksaan mendapati kawasan terbabit dipercayai dijadikan lokasi stok simpanan pelbagai jenis produk makanan sejuk beku yang disyaki tidak mempunyai permit import yang sah.

“Hasil pemeriksaan lanjut, pasukan menemui 47,500 kotak mengandungi pelbagai bahagian daging ayam seperti sayap, paha, hempedu, dada dan sosej, serta 5,500 kotak mengandungi pelbagai bahagian daging sapi seperti daging, tulang dan perut.



“Turut ditemukan, sejumlah 1,900 kotak daging khinzir yang mana semua produk makanan sejuk beku pelbagai jenama itu disimpan dalam ruang pembekuan di tiga bilik sejuk beku dalam premis,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Operasi disertai pasukan polis dari Cawangan Risik Ibu Pejabat Briged Sarawak dan Batalion 12 PGA Miri termasuk Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak dan Jabatan Agama Islam Sarawak Bahagian Bintulu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Benarkah MY Airlines Bermaksud Muhyiddin Yasin Airlines?




Che Ghazali berkata, berikutan itu, pihaknya menahan dua lelaki warga tempatan berusia 55 dan 70 tahun dipercayai penjaga premis bagi membantu siasatan.

Katanya, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak Bintulu dalam pada itu mengenakan tindakan kompaun ke atas pemilik premis dengan semua barang kes dirampas bagi tujuan siasatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 9 (1) Ordinan Kesihatan Awam Veterinar 1999 – Mengimport produk ternakan atau berasaskan ternakan tanpa permit sah.

Makanan sejuk beku tanpa permit import RM13.3 juta dirampas


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Benarkah BERSATU berpecah kepada 4 kem?

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading