KPT sedia 5 inisiatif bantu depani kos Siswa

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal

KPT bantu Siswa

KPT (Kementerian Pengajian Tinggi) menyediakan 5 inisiatif bagi membantu Siswa di kampus yang terjejas dengan kos sara hidup di kampus.

Menerusi 5 inisiatif tersebut, KPT turut membantu pengusaha premis makanan di kampus bagi mengurangkan kos penyediaan makanan kepada pelajar.

Menurut Menteri KPT, Dato Noraini Ahmad, pihak mereka sentiasa peka dan siaga bagi membantu kebajikan mahasiswa di kampus. Memahami isu kenaikan harga barang keperluan penyediaan makanan turut terkesan, KPT melaksanakan moratorium selama 6 bulan kepada pengusaha premis di IPTA Awam.



Moratorium yang akan bermula Julai 2022, mampu membuat harga makanan untuk siswa disediakan pada harga RM3.50 bagi setiap hidangan. 

Selain makanan yang disediakan pada harga munasabah, KPT juga akan meningkatkan kerjasama dengan NGO, syarikat Korporat dan Badan Persendirian bagi memperkasa Food Bank untuk siswa.

Noraini juga berkata, Jawatankuasa Tindakan Sara Hidup Siswa yang dipengerusikan beliau sendiri selaku Menteri KPT merupakan cadangan Majlis Perundingan Pelajar ditubuhkan bagi menyelaras serta melaksana dasar, memantau harga kawalan serta kerjasama holistik.

Jadual pengangkutan keluar masuk kampus juga akan ditambah bagi melancarkan perjalanan siswa, mejimatkan masa selain memudahkan rutin harian mereka di kampus.



Komitmen yang ditunjukkan Noraini ini wajar dicontohi Kementerian lain bagi menjaga kepentingan rakyat dalam keadaan sukar seperti sekarang.

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker