Bintang EPL ditahan atas dakwaan rogol

LONDON: Seorang bintang Liga Perdana Inggeris (EPL) ditahan polis pada jam tiga pagi semalam atas dakwaan merogol.

Pemain berusia berusia lewat 20-an itu ditahan ketika sedang tidur di kediamannya sejurus pihak polis menerima laporan daripada seorang wanita sebayanya.

Wanita berkenaan mendakwa dia dicederakan dan dirogol ketika sedang bercuti di Mediterranean serta turut menunjukkan gambar kecederaannya.

Bintang antarabangsa berkenaan iaitu salah seorang pemain terbaik untuk kelabnya di EPL – digari dan dibawa ke balai polis untuk soal siasat sekurang-kurangnya 15 jam.



Pemain berkenaan sudah memulakan latihan bersama kelabnya yang akan menyertai jelajah pra musim dalam masa terdekat.

Wanita terbabit mendakwa dia dirogol ketika cuti musim panas di sebuah resort lima bintang dan sekembalinya ke United Kingdom dia terus membuat laporan polis.

Pemain itu juga akan mewakili negaranya di Piala Dunia Qatar tahun ini.

Kes berkenaan mengejutkan rakan sepasukan serta pengurusan kelab pemain itu.



“Dakwaan itu amat serius. Bos kelab amat terkejut dengan perkara ini. Pemain itu sepatutnya mengikuti jelajah pra musim.

“Kini dia akan dibawa bersama. Undang-undang akan menentukan apa yang akan berlaku seterusnya. Ia satu tamparan kepada kelab,” kata sumber rapat dengan kelab pemain itu.

Pada Ogos 2021, pertahanan Manchester City, Benjamin Mendy didakwa atas empat pertuduhan merogol dan satu kes mencabul.

Januari lalu pula, bintang muda Manchester United, Mason Greenwood ditahan atas dakwaan menyerang dan merogol bekas teman wanitanya, Harriet Robson. Pemain berusia 20 tahun itu bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan manakala siasatan masih diteruskan.

AGENSI

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker