Menyamar anak tuan tanah kaya selama 41 tahun

New Delhi: Mahkamah di India menjatuhkan hukuman penjara terhadap seorang lelaki yang didapati bersalah menyamar sebagai anak kepada seorang tuan tanah yang kaya selama 41 tahun.

Pada Februari 1977, remaja lelaki, Kanhaiya Singh, dilaporkan hilang ketika perjalanan pulang dari sebuah sekolah di timur Bihar.

Kanhaiya adalah anak lelaki tunggal kepada seorang pemilik tanah yang kaya dan berpengaruh di daerah Nalanda.

Kehilangan anak lelaki itu menyebabkan si bapa, Kameshwar Singh menjadi kemurungan dan jatuh sakit.

Pada September 1981, seorang lelaki berusia 20-an tiba di sebuah kampung dan memaklumkan, dia menyanyi untuk mendapatkan wang saku.

Kampung itu terletak tidak jauh dari lokasi Kanhaiya, dilaporkan hilang.

Lelaki itu kemudian mendakwa dia anak kepada seseorang yang berpengaruh di Murgawa, kampung sama remaja lelaki yang dilaporkan hilang sebelum ini.

Selepas mendengar berita itu, Kameshwar pergi ke kampung berkenaan untuk bertemu ‘anaknya’.

“Mata saya tidak begitu jelas untuk melihat wajah sebenar, tapi jika dia benar, saya akan menjaganya,” katanya.

Empat hari kemudian, isteri Singh, Ramsakhi Devi kembali ke rumah selepas mendapat khabar penemuan anaknya, namun dia yakin lelaki terbabit bukan anak mereka.

Wanita itu berkata, tiada tanda pada bahagian kiri lelaki terbabit sedangkan anak mereka memiliki tanda berkenaan.

Beberapa hari selepas kejadian itu, Ramsakhi Devi memfailkan kes penyamaran dan lelaki itu ditahan sebelum dipenjara selama sebulan namun dibebaskan dengan jaminan.

Namun, apa yang terjadi adalah selepas 40 tahun, lelaki terbabit, Dayanand Gosain masih menyamar sebagai anak hartawan berkenaan.

Lelaki terbabit juga dikatakan menggunakan identiti baharu untuk melanjutkan pengajian di kolej dan berkahwin.

METRO

Leave a Reply