Pemandu X70 meninggal dunia kemalangan di BTR

Kuala Lumpur: Lelaki berusia 40-an maut selepas kereta dipandunya terbabit kemalangan dengan sebuah kereta lain dan motosikal di kawasan selepas Bulatan Bandar Tun Razak berhampiran Taman Tenaga menghala ke pusat bandar awal pagi ini.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan jam 2.37 pagi seterusnya menghantar jentera ke lokasi kejadian.

Komander Operasi, Helmy Effendy Jamaludin berkata, seramai 22 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Tun Razak dikejarkan ke lokasi kejadian.



Menurutnya, kemalangan membabitkan sebuah kereta Proton X70, kereta Porsche dan motosikal membabitkan lima mangsa.

“Terdapat dua mangsa yang menaiki kereta Porsche iaitu seorang lelaki dan seorang wanita bukan warganegara berusia 30-an parah dan dihantar ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)dan Hospital Kuala Lumpur (HKL) dengan menggunakan ambulans HKL.

“Mangsa membabitkan motosikal membabitkan dua lelaki berusia 30-an cedera parah dihantar ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM dengan menggunakan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dan ambulans,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Helmy berkata, pemandu Proton X70 meninggal dunia di tempat kejadian setelah disahkan oleh paramedik HKL dan diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.



METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button