Enam kawasan Hulu Selangor alami gangguan air

Hulu Selangor: Enam kawasan di Hulu Selangor mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual berikutan paip pecah berhampiran persimpangan kilang Auto Air, Ulu Yam Lama, di sini, hari ini.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menerusi aplikasinya memaklumkan, penutupan sementara bekalan air dilakukan pada 6 pagi bagi memberi laluan kepada kerja pembaikan.



Kawasan terjejas adalah Batu 30, Taman Emas Batu 30, Taman Gapi Mas, Serendah Makmur, Jalan Besar Serendah dan Balai Polis Serendah.

“Status terkini akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Sasaran awal kerja pembaikan siap pada 6 petang hari ini,” menurut maklumat itu.

METRO



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button