Israel serang tempat perlindungan terakhir penduduk Gaza

Oleh – Syeikh Baran


Israel serang tempat perlindungan terakhir penduduk Gaza
Israel mula memperhebatkan serangan di bandar Rafah sehingga mengorbankan 22 orang termasuk 18 kanak-kanak. Foto AFP

Beberapa khemah pelarian Palestin di kem pelarian Rafah menjadi sasaran serangan udara oleh Israel pada Isnin.

Israel juga mula memperhebatkan serangan di bandar Rafah sehingga mengorbankan 22 orang termasuk 18 kanak-kanak.



Penduduk Palestin berkata, bahawa serangan udara Israel di Rafah, tempat perlindungan terakhir penduduk Gaza, menyebabkan kerosakan pada khemah mereka.

Saksi berkata, bahawa seorang penduduk Rafah menerima panggilan amaran daripada tentera Israel memintanya memberitahu orang ramai meninggalkan kawasan itu kerana pesawat perang bersedia untuk menyerang.

Peperangan menyebabkan kebanyakan 2.3 juta penduduk di Palestin kehilangan tempat tinggal.

Manakala lebih 1 juta rakyatnya kini tinggal di pusat perlindungan atau di dalam khemah dan kotak kadbod di kawasan paling selatan, Rafah bersempadan dengan Mesir.



Sumber – SINAR HARIAN


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading