Telefilem Misi kini di Astro First

KUCHING: Telefilem Misi yang dihasilkan anak Sarawak melakar sejarah apabila berjaya menembus tayangan Astro First dalam slot tayangan Video Atas Permintaan (VOD).
Menampilkan pelakon-pelakon tempatan dan terkenal tanah air seperti Sahronizam Noor, Anding Indrawani, Melati Melissa, Fir Affandi, Zaha Borhan, Abdul Aziz, Ali Mohamad dan banyak lagi, telefilem tersebut turut mempamerkan unsur seni dan budaya masyarakat Sarawak.
Penerbit dan Pengarah Telefilem Misi, Mohamad Ghazali Jeman berkata, ini adalah salah satu cara membangunkan industri perfileman selain mempromosikan tempat-tempat menarik di Sarawak kepada dunia luar.
Beliau yang lebih dikenali sebagai Jalot Jeman mendedahkan, telefilem tersebut telah menjalani penggambaran selama 14 hari di sekitar bandaraya Kuching seperti Kampung Telaga Air, Santubong dan beberapa kampung pedalaman.
“Antara lokasi lain ialah Kampung Trombol, Damai Central, Pantai Damai dan Kampung Sibu Laut.
“Sementara pelakonnya pula terdiri daripada 99 peratus anak tempatan yang digandingkan dengan seorang pelakon berpengalaman dari Kuala Lumpur iaitu Sahronizam Noor,” ujarnya.
Beliau berkata demikian pada Sidang Media Program Tayangan Perdana Telefilem Misi di Golden Screen Cinema, Pusat Beli Belah The Spring di sini, malam tadi.
Untuk rekod, telefilem ini turut mempamerkan unsur seni dan budaya masyarakat seperti Perguruan Silat Naga Paloh Sarawak, etnik kaum Urang Ulu yang bermain sape dan permainan rakyat iaitu permainan getah (zeropoint).
Antara isi kandungan Misi adalah penceritaan mengenai penyalahgunaan dadah, perhubungan persahabatan yang dikhianati dan kasih sayang dalam sesebuah keluarga.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker