Pemandu lori rentung, diesel tumpah

Hulu Selangor: Seorang pemandu lori rentung dalam kemalangan di jalan Kampung Sungai Sabai, Kalumpang, Hulu Bernam, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superintendan Arsad Kamaruddin berkata, dalam kejadian 11.45 pagi itu, lelaki berusia 45 tahun terbabit memandu lori Hino menghantar muatan batu kerikil dari Serendah ke tapak pelupusan sampah di Sungai Sabai.

“Lori yang dipandu mangsa hilang kawalan lalu terbabas ke sebelah kanan jalan dan terbalik jatuh ke ladang kelapa sawit.



“Akibat kemalangan itu menyebabkan diesel tertumpah di atas mangsa dan terbakar,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Arsad berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

METRO



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button