Virgil van Dijk tambat Erling Haaland

LONDON: Selepas aksi pertama, Erling Haaland tidak sepatutnya meminta sesuatu yang lebih mencabar terutama buat seorang pemain yang masih belum cergas sepenuhnya dan menentang Virgil van Dijk.

Haaland tidak berlatih ketika minggu pembukaan dia bergelar pemain City awal bulan lalu sebaliknya melakukan latihan individu.

Hanya di Houston, pada persinggahan pertama membabitkan dua perlawanan dalam jelajah pramusim, penyerang itu dapat bersama rakan baharunya di padang.



Namun Pep Guardiola tidak dapat menahannya semalam pada aksi pembuka tirai berdepan pencabar utama, Liverpool.

Van Dijk berdepan Haaland ialah sesuatu yang kita akan raikan musim ini dan beberapa lagi selepas itu.

Ia mungkin hanya aksi persahabatan tetapi pertarungan individu kadangkala melebihi jangkaan.

Dan Van Dijk tahu dia berada di tahap terbaik dekat Stadium King Power.



Haaland boleh memberi ancaman serius, sama seperti dilakukan pemain digantikannya, Sergio Aguero, namun ia masih belum kelihatan dan pertahanan Liga Perdana akan mengetahuinya dalam beberapa bulan akan datang.

“Dia bertarung dengan baik dan banyak membuat gerakan,” kata Guardiola. “Sesuatu yang bagus buatnya melihat realiti di negara baharu dan liga baharu tetapi dia berada di sana. Dia tidak menjaringkan gol. Dia ada kualiti menakjubkan dan dia akan melakukannya.”

Haaland sebahagian besar melakukan apa yang dijangka pada penampilan pertama kecuali menjaringkan gol.

Haaland menamatkan aksi pada malam itu dengan 16 sentuhan sebagai perbandingan dengan Phil Foden dan Ilkay Gundogan mencatatkan 18 sentuhan ketika masuk pada babak kedua.



Catatan itu tampak akan bertambah tiga kali ganda selepas City menemui sentuhan mereka dengan sasaran baharu musim ini.

AGENSI


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading