“Rafizi raja formula songsang” – Najib Razak

 

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal

"Rafizi raja formula songsang" - Najib Razak



Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional, Dato Sri Najib Razak menggelarkan Rafizi Ramli sebagai ‘raja formula songsang’. Beliau menyatakan demikian semasa berucap dalam konvensyen BN di SACC, Shah Alam.

Najib juga mengingatkan janji-janji Pakatan Harapan sebelum PRU14. Terlalu banyak janji yang ditaburkan PH kepada pengundi namun semuanya tidak dipenuhi.

Antara janji popular yang dijanjikan PH – pendidikan percuma di Universiti, RM5,000 setiap pelajar, PTPTN dihapuskan namun semuanya palsu.



“Rafizi..mana pergi janji ini? Tak usahlah hari ini..muncul balik dari gua, nak tunjuk kononnya dialah juara rakyat”

“orang Pahang kata pedaah, inilah Rafizi raja formula songsang” – Najib Razak.

Najib juga menggesa agar BN Selangor memperkuatkan penggunaan media sosial sebagai medium mendekati rakyat agar segala kebaikan yang dilakukan BN diketahui rakyat Selangor.

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button