PEMANTAUAN BANJIR KILAT DI KAWASAN BALAI POLIS SENTRAL

Johor Bahru – Ketua Polis Balai, Insp Nur Aminurrashid bin Nutman bersama anggota Balai Polis Sentral telah membuat pemantauan banjir kilat di kawasan ‘Hotspot’ banjir kilat iaitu Sungai Segget, Kg.Mohd Amin, Lrg. Dato Hj. Yaacob, Jln Sg. Chat dan Jln. Thompson, Jln Yahya Awal , Jln Ayer Molek dan Jalan Mahmoodiah.
Hasil pemantauan telah mendapati paras air telah melepasi paras bahaya di Sungai Segget dan Sungai Chat dan menyebabkan beberapa kawasan telah dinaiki air.
Dalam membuat pemantauan banjir kilat, Ketua Polis Balai dan anggota Balai Polis Sentral bersama JPAM dan Pejabat Daerah Johor Bahru turut serta membantu mangsa yang terkandas dalam banjir kilat ke kawasan yang lebih selamat.
Anggota Balai Polis Sentral turut membuat kawalan lalulintas di beberapa jalan yang terjejas serta membantu membuang sampah sarap yang tersumbat di longkang supaya air banjir dapat mengalir ke saluran dengan baik.
Pemantauan dan rondaan di kawasan-kawasan banjir kilat akan dijalankan dari masa ke semasa bagi memastikan keselamatan warga Johor Bahru khususnya.
Balai Polis Sentral

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button