POLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADA

Johor Bahru – Anggota polis daripada Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Johor Bahru Selatan telah membuat pemantauan dan membuat kawalan lalu lintas dalam keadaan cuaca hujan lebat di kawasan Bandaraya Johor Bahru hari ini.
Pihak polis juga telah memberi bantuan dengan cara mengorek lubang longkang yang tersumbat bagi mengalirkan air dan melencongkan laluan kenderaan yang dinaiki air ke laluan yang lebih selamat. Bantuan tersebut secara tidak langsung dapat mencegah kesesakan lalu lintas akibat daripada hujan lebat sehingga menyebabkan berlakunya banjir kilat.
Sesuai dengan moto PDRM iaitu “Polis dan masyarakat berpisah tiada”, ini membuktikan anggota polis bersedia membantu masyarakat yang mengalami kesusahan di mana-mana jua.
IPD Johor Bahru Selatan

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker