Rafizi ulang manifesto PRU14 kelirukan rakyat

 

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal

 

Rafizi ulang manifesto PRU14 kelirukan rakyat

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli dijangkakan akan ulang kembali manifesto PRU14 untuk kelirukan rakyat bagi menghadapi PRU15.

Seperti semua maklum, Rafizi sebelum ini pernah tampil dengan segala formula kononnya bagi menyenangkan rakyat. Beliau tidak hanya memberi harapan kepada rakyat tetapi turut menyakinkan rakyat apa yang dikemukakan akan membantu negara.

Rafizi yang membuat penampilan semula selepas mengambil keputusan ‘bersara’ dari politik pada 2019, memulakan serangan dengan isu Sapura.

Bagaimanapun, selepas ditangkis serangannya oleh Najib Razak, Rafizi cuba mengalihkan serangan kepada isu Sulu. Rafizi juga cuba menyerang Najib kononnya banyak kesalahan telah dilakukan bekas PM itu sebelum PRU14.

Cubaan Rafizi ini hanyalah mengulangi manifesto PRU14 Pakatan Harapan yang semua rakyat sedia maklum ia hanyalah janji palsu semata.

Imbau kembali apa manifesto yang dijanjikan PAKATAN HARAPAN

  • menghapuskan GST
  • menurunkan tekanan kenaikan harga yang membebani rakyat
  • berkongsi kekayaan negara secara bersasar
  • menambah program perumahan mampu milik dan mampu sewa
  • meringankan beban hidup yang ditanggung anak muda
  • menghapuskan kutipan tol
  • menyediakan subsidi minyak bersasar
  • memperbaiki kualiti dan liputan pengangkutan awam
  • mempertingkatkan akses dan kualiti perkhidmatan kesihatan
  • menjamin keperluan makanan asas dan menjaga kebajikan petani

Ini antara inipati manifesto PH pada PRU14, namun semuanya ternyata GAGAL kerana Rafizi sendiri telah ‘lari’ dari rakyat ketika PH memerintah.

Rafizi ulang manifesto PRU14 kelirukan rakyat

Bagaimana rakyat mahu terima kembali Rafizi, seorang ‘PENGECUT’ yang meninggalkan rakyat selepas mereka terpesona dengan formula-formula yang dikemukakan beliau sebelum itu?

Cubaan Rafizi untuk kembali ‘MENIPU’ rakyat sewajarnya ditolak dan beliau sebenarnya tidak patut diberikan ruang oleh PH untuk kembali merosakkan perancangan Pakatan Harapan dengan segala pemikiran lapuk.

Rafizi ulang manifesto PRU14 kelirukan rakyat

Perlu diingatkan, Rafizi Ramli bukanlah seorang ‘Pejuang Rakyat’ dalam ertikata sebenar sebaliknya hanya mengambil peluang mempromosi diri bagi menampakkan beliau lebih baik dari Anwar Ibrahim dan pemimpin Pakatan Harapan itu sendiri.

 

 

Leave a Reply