Haaland seperti Messi – Guardiola

LONDON: Pep Guardiola berkata keazaman tinggi Erling Haaland untuk menjaringkan gol mengingatkannya ketika dia bersama Lionel Messi di Barcelona.

Haaland membuka akaun jaringan untuk juara bertahan Liga Perdana Inggeris itu dengan meledak dua gol dalam kemenangan 2-0 di West Ham.

Bagaimanapun selepas perlawanan Haaland mengakui dia kecewa kerana gagal melengkapkan hatrik, seperti dilakukannya ketika penampilan sulung untuk Borussia Dortmund menentang Augsburg pada Januari 2020.



“Bagus, saya suka. Saya bertuah dapat menjadi pengurus di mana apabila Messi meledak dua gol, dia mahukan tiga, dan apabila dapat tiga, dia mahu empat.

“Penjaring hebat tidak pernah berpuas hati, mereka sentiasa mahukan lebih lagi,” kata Guardiola.

Haaland dikritik selepas gagal memanfaatkan beberapa peluang ketika kekalahan 3-1 di tangan Liverpool dalam aksi Perisai Komuniti minggu lalu, dan Guardiola kagum dengan kebangkitannya semalam.

“Saya tahu bagaimana dia menangani kritikan minggu ini. Dia amat tenang, berlatih dengan sangat baik tetapi cara dia mengambil sepakan penalti, saya sukakannya.



“Dia amat tegas dan saya rasa jika seseorang mengambil bola, dia akan menumbuknya, walaupun rakan sepasukan.

“Itu satu petanda baik. Tampil dengan yakin, saya suka,” katanya.

AGENSI



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button