Mercedes lawan arus dipandu lelaki ada gejala nyanyuk

MANJUNG: Seorang lelaki berusia 83 tahun yang mempunyai penyakit Alzheimer disaman kerana memandu melawan arus di Kilometer 211 Lebuhraya Persisian Pantai Barat (WCE) berhampiran susur keluar Sitiawan Selatan, dekat sini kelmarin.

Rakaman memaparkan warga emas itu memandu kereta Mercedes dan dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Bharu, Ayer Tawar, tular di media sosial kelmarin.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi, berkata susulan video tular itu, anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis (IPD) Manjung berjaya mengesan warga emas berkenaan, semalam.



“Dia kemudian dikenakan tindakan saman atas kesalahan memandu melawan arus mengikut Seksyen 79(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau juga memaklumkan, siasatan awal turut mendapati pemilik kenderaan itu mengalami penyakit Alzheimer dan simptom nyanyuk.

BHOnline



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button