Polis Klang selamatkan 6 buruh paksa

KLANG: ‎Three women among six foreigners believed to be forced labourers around Klang, rescued by police who carried out raids in Kampung Sungai Udang, ‎di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong, berkata kegiatan itu terbongkar susulan risikan dilakukan Bahagian D3 Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman di kawasan terbabit.

“Hasil risikan dan siasatan dalam operasi, polis berjaya mengenal pasti mangsa pemerdagangan orang membabitkan pekerja asing. Siasatan mendapati pasport mangsa dipegang oleh ejen dan mereka juga tiada permit kerja yang sah sebagaimana dijanjikan pihak ejen semasa di negara asal.



“Mangsa-mangsa juga disyaki dipaksa bekerja lebih masa untuk membayar balik segala kos perjalanan dan pasport,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Difahamkan, mangsa dijanjikan pekerjaan di kilang oleh ejen pekerjaan semasa mereka berada di negara asal aktif dengan tawaran gaji lumayan, namun sebaik tiba di Malaysia, kos perjalanan dan pasport dipotong daripada bayaran gaji setiap bulan.

Hoong Fong berkata, Bahagian D3 diketuai Ketua Penolong Pengarahnya, Senior Asisten Komisioner Fadil Marsus bersama Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan membuat serbuan di kawasan Kampung Sungai Udang, kira-kira jam 6.30 petang Selasa lalu.

“Polis berjaya menangkap empat suspek terdiri daripada seorang lelaki dan seorang wanita warga tempatan serta seorang lelaki lelaki dan seorang wanita warga asing, semua berusia lingkungan 38 hingga 43 tahun yang juga ejen pekerjaan.



“Turut dirampas dalam serbuan berkenaan, 20 pasport dan wang tunai sebanyak RM13,600 yang dipercayai gaji pekerja,” katanya.

Katanya, enam mangsa warga asing termasuk tiga wanita, semua berusia lingkungan 24 hingga 44 tahun, juga diselamatkan mengikut Seksyen 44 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM 2007).

“Siasatan menunjukkan kesemua mangsa terdedah kepada eksploitasi kerja paksa di sebuah kilang simen oleh ejen pekerjaan. Ejen disyaki menguruskan pekerjaan dan mengawal pembayaran gaji kepada kesemua mangsa yang diselamatkan,” katanya.

Beliau berkata, kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 12 ATIPSOM dan Seksyen 12(1)(f) Akta Passport 1966.



“Majistret Mahkamah Klang membenarkan semua suspek direman selama enam hari sehingga 15 Ogos ini. Polis akan melengkapkan kertas siasatan dalam tempoh terdekat,” katanya.

Hoong Fong meminta orang awam menyalurkan maklumat kepada polis sekiranya mempunyai maklumat mengenai pekerja asing dieksploitasi ejen pekerjaan atau majikan agar tindakan undang-undang boleh diambil.

Semasa berada di negara asal, mangsa dijanjikan pekerjaan di kilang dengan tawaran gaji lumayan namun sebaik tiba di Malaysia, kos perjalanan dan passport dipotong dari gaji setiap bulan.

BHOnline



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button