Piala Malaysia: KL City selangkah ke separuh akhir

Piala Malaysia: KL City selangkah ke separuh akhir

Piala Malaysia: KL City selangkah ke separuh akhir
Romel Morales menjaringkan gol tunggal perlawanan untuk menewaskan Sri Pahang 1-0 sebentar tadi. – Foto ihsan MFL

KUALA LUMPUR – Skuad Kuala Lumpur City (KL City) meraih bekalan tipis selepas merekodkan kemenangan 1-0 ke atas Sri Pahang pada aksi suku akhir pertama saingan Piala Malaysia sebentar tadi.

Pada perlawanan di Stadium Kuala Lumpur, Cheras itu, skuad Warga Kota kendalian Nenad Becina dibarisi oleh pemain utama seperti Romel Morales, Paulo Josue dan Tchetche Kipre.

Sementara itu, pasukan Tok Gajah yang dibimbing oleh Fandi Ahmad pula membariskan kesebelasan utama seperti Nor Azam Azih, Sergio Aguero dan Kpah Sherman.



Pasukan pelawat terlebih dahulu menguji benteng pertahanan KL City seawal minit keenam tetapi percubaan Kpah Sherman berjaya diselamatkan Kevin Ray Mendoza.

Benteng Sri Pahang juga dilihat tampil cemerlang apabila tuan rumah meraih dua percubaan menarik menerusi Josue dan Zhafri Yahya tetapi gagal menembus gawang gol.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Terbukti Muhyiddin tidak layak jadi Penasihat ‘SG4’




Bersambung pada babak kedua, penantian KL City akhirnya membuahkan hasil apabila Josue dikasari pertahanan Tok Gajah, Syazwan Andik sekali gus dihadiahkan sepakan penalti oleh pengadil perlawanan.

Situasi tersebut digunakan sebaiknya oleh Morales untuk meledak gol tunggal perlawanan selepas bijak mengelirukan penjaga gol lawan, Izham Tarmizi pada minit ke-72.

Nasib tuan rumah agak malang apabila diarahkan beraksi dengan 10 pemain selepas Kenny Pallraj dilayangkan kad merah tetapi keputusan 1-0 kekal sehingga wisel penamat ditiupkan.

Aksi suku akhir kedua melibatkan Sri Pahang menentang KL City akan berlangsung pada 24 September ini di Stadium Darul Makmur, Kuantan. – KOSMO! ONLINE



Piala Malaysia: KL City selangkah ke separuh akhir


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Cubaan PN Untuk Manipulasi Peserta Program Keretapi Sarong Gagal



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button