Dimanakah terowong kebanggaan Lim Guan Eng?

 

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal

Dimanakah terowong kebanggaan Lim Guan Eng?



Ramai masih tertanya, dimanakah terletaknya terowong dasar laut yang dibanggakan Lim Guan Eng selama ini?

Berdasarkan laporan semasa, masih tiada kerja untuk terowong berkenaan dilakukan kerana laporan kebolehlaksanaan masih belum disiapkan setakat Mac 2022.

Projek yang dijangkakan menelan belanja sekitar RM6.3 billion ini dipenuhi pelbagai kontroversi termasuk isu rasuah.

Bekas Ketua Menteri, Lim Guan Eng didakwa di Mahkamah menerima rasuah dari kontraktor untuk projek berkenaan.



Dimanakah terowong kebanggaan Lim Guan Eng?
Foto – PenangKini

Beliau didakwa menggunakan kedudukannya bagi menerima rasuah sebanyak RM3.3 juta dari sebuah syarikat untuk mendapatkan projek terowong dasar laut.

Lim Guan Eng turut didakwa meminta 10% dari keuntungan dari syarikat sama sebagai penghargaan membantu syarikat berkenaan beroleh projek tersebut.

Beliau juga berdepan dua pertuduhan menyebabkan dua lot tanah bernilai RM208.8 juta milik kerajaan negeri dilupuskan ke dua syarikat yang mempunyai kaitan dengan projek terowong dasar laut.

Dimanakah terowong kebanggaan Lim Guan Eng?



Pada 26 Mac 2022, Chow Kon Yeow berkata projek terowong dasar laut Pulau Pinang hanya akan dimuktamadkan selepas Kerajaan Pulau Pinang mendapatkan ulasan bertulis daripada pihak Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) dan Penang Port Sdn. Bhd. (PPSB).

Berbeza dengan laporan oleh Chow pada Ogos 2019, beliau berkata kajian kebolehlaksanaan projek pembinaan terowong dasar laut kini di peringkat 90% penelitian.

“Tiada keputusan lain selain meneruskan kajian kebolehlaksanaan,

“Tetapi (terowong) bukan keutamaan, keutamaan adalah lebuh raya (dari lebuh raya) dari Air Itam ke Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu. Kami berharap dapat memulakannya dalam tempoh 2 bulan.” – Chow Kon Yeow (25 Ogos 2019).



 

 

 

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading