‘Najib cuma mahu perbicaraan semula’

PUTRAJAYA: Dakwaan bahawa wujudnya konflik kepentingan dalam kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC Sdn Bhd membabitkan hakim perbicaraan, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali tidak berasas sama sekali.

Timbalan Pendakwa Raya Kanan, Datuk V Sithambaram, dalam hujahannya berkata, ia adalah percubaan terakhir Najib untuk memesongkan perjalanan kes dengan mendapatkan maklumat daripada saksi dinamakan dan tidak dinamakan.

Sithambaram berkata, permohonan sebenar Najib ialah bagi kesnya dibicarakan semula dan mengisytiharkan sabitan serta hukumannya batal dan tidak sah.



Timbalan Pendakwa Raya itu menegaskan, dakwaan perayu adalah berdasarkan alasan yang tidak mungkin dapat dipertahankan iaitu pinjaman berjumlah RM4.17 bilion diberikan Maybank kepada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Beliau berkata, permohonan untuk memasukkan bukti baharu berhubung peranan Mohd Nazlan sebagai Kaunsel dan Setiausaha Syarikat Kumpulan Maybank tidak disokong dengan afidavit sewajarnya.

Sithambaram turut membangkitkan persoalan mengapa pihak pembelaan tidak membangkitkan isu berkenaan ketika perbicaraan kes di peringkat Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan, sebaliknya ditimbulkan di saat rayuan akhir.

Katanya, permohonan itu adalah satu ‘ekspedisi memancing’ bagi mendapatkan maklumat berhubung sejauh mana peranan Maybank dalam kes berkenaan.
BHOnline



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button