Van sekolah terbabas, 17 termasuk pemandu terselamat



Sungai Petani: Kanak-kanak perempuan patah tangan kanan manakala 16 yang lain cedera selepas van sekolah dinaiki terbabas ke dalam parit berhampiran Taman Rhu, Tikam Batu, dekat sini, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tikam Batu, Muhammad Syukri Hashim berkata, pihaknya menerima panggilan pada 7.40 pagi memaklumkan kemalangan terbabit sebelum bergegas ke lokasi.

“Setibanya di lokasi, kita mendapati seorang kanak-kanak perempuan anggaran usia 10 tahun patah tangan kanan, manakala 10 kanak-kanak lelaki dan lima perempuan cedera ringan.

“Seorang lelaki berusia 50-an yang juga pemandu van terbabit mengalami kecederaan di kepala,” katanya ketika dihubungi, di sini.



Menurutnya, pihaknya memberi rawatan awal serta membawa tiga mangsa iaitu dua kanak-kanak lelaki dan seorang perempuan ke hospital.

METRO



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker