PH dan PN kembali bergabung untuk PRU15?

 

Oleh – Bakhtiar Omar

PH dan PN kembali bergabung untuk PRU15?



Tidak mustahil PH (Pakatan Harapan) dan PN (perikatan Nasional) kembali bergabung untuk menghadapi PRU15 akan datang.

Sejarah perjalanan politik kedua-dua gabungan ini hampir sama, pernah brsama dalam gabungan kemudian berpecah dan kini mungkin kembali.

DAP, PKR, AMANAH, PPBM satu ketika merupakan gabungan yang kuat dengan menyandarkan kempen 1MDB dan diselang-seli tohamahan lain berjaya menjatuhkan BN pada 2018.

Kerjasama mereka berdepan konflik apabila perjanjian peralihan kuasa mula dibangkitkan menuntut agar Anwar diberikan jawatan sebagai Perdana Menteri.



Namun demikian sebaliknya berlaku, ‘Sheraton Move’ dilancarkan dan berlaku pengkhianatan dalam Pakatan Harapan.

PPBM yang bersendirian selepas keluar dari gabungan PH, berjaya ‘memancing’ sokongan dari BN, PAS dan Gerakan.

PEMBENTUKAN KERAJAAN KELUARGA MALAYSIA

PH dan PN kembali bergabung untuk PRU15?

Selepas Ogos 2021, Perikatan Nasional tidak lagi menguasai tampuk kuasa dan ia diserahkan kepada ‘Keluarga Malaysia’.



PN dan PH menyedari untuk memberi saingan kepada BN pada PRU15 agak mustahil kerana kejayaan BN dalam PRK dan PRN.

Untuk memastikan penguasaan BN dibantutkan, satu langkah drastik perlu diambil kedua-dua PH dan PN.

Usaha membentuk kembali gabungan dinamakan sebagai ‘khemah besar’ dimulakan dengan serangan berkala oleh keduanya terhadap BN terutama Zahid dan Najib yang dilihat sebagai halangan terbesar melemahkan Umno/BN.

BN BOLEH UCAP ‘SELAMAT TINGGAL’ PADA POLITIK MALAYSIA

 



PH dan PN kembali bergabung untuk PRU15?

Jika permainan politik PH dan PN tidak ditangani dengan baik oleh Umno dan BN, tidak mustahil, pada PRU15, sekali lagi BN akan tersungkur dan kali ini sukar buat BN atau Umno untuk bangkit kembali.

Usaha melemahkan kepimpinan UMNO dan BN sudah hampir berjaya dilaksanakan mengikut ‘skrip’ yang dikehendaki oleh ‘seseorang’.

Mungkin pada pandangan pemimpin UMNO/BN, inilah trend politik hari ini dimana tiada satupun parti akan berkuasa secara total dalam kerajaan dan bagi membentuk kerajaan, semua parti perlu bergabung.



Stabilkah politik Malaysia dengan cara politik alaf baru nanti? Yang ada sekarang pun rakyat boleh nilaikan sendiri.

 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading