Peguam Najib tarik diri jika tak dapat tangguh prosiding



PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak melalui peguam utamanya, Hisyam Teh Poh Teik sekali lagi memohon di saat-saat akhir supaya Mahkamah Persekutuan menangguhkan pendengaran rayuan akhir kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd dihadapinya.

Bagaimanapun, Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang mengetuai panel lima hakim, berkata mahkamah tidak ada alasan untuk menyemak keputusan sebelum yang menolak permohonan untuk menangguhkan prosiding itu.

Hisyam kemudian berkata, beliau memohon untuk menarik diri daripada mewakili Najib daripada prosiding rayuan berkenaan jika tidak mendapat penangguhan.

Mahkamah berhenti rehat sebentar.



BHOnline



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker