Lewandowski dirompak di luar pusat latihan



BARCELONA, Sepanyol: Robert Lewandowski berdepan detik cemas semalam apabila dia tiba di Ciudad Deportiva Joan Gamper menjelang sesi latihan sebelah petang Barcelona.

Seutas jam tangan bernilai 70,000 euro (kira-kira RM316,000) dicuri daripada pemain antarabangsa Poland itu apabila dia berhenti untuk bertanya khabar dan bergambar dengan peminat yang menunggu pemain di Sant Joan Despi.

Seorang peminat berjaya membuka pintu sebelah penumpang dan mengambil jam tangan itu sekali gus mengejutkan Lewandowski.

Penyerang itu segera menghubungi polis, yang mengambil keterangannya, menahan penjenayah itu dan mendapatkan semula barangan yang dicuri.



Laporan awal menyatakan telefon bimbit Lewandowski dicuri, tetapi kemudiannya terbukti ia jam tangannya.

Insiden itu tidak menghalang penyerang itu daripada berlatih seperti biasa menjelang perlawanan menentang Real Sociedad, Ahad ini.

Ia bukan kali pertama insiden buruk berlaku di Ciudad Deportiva, dengan peminat baru-baru ini memaki hamun pemain tengah dari Belanda, Frenkie de Jong, yang dikaitkan dengan perpindahan ke kelab Liga Perdana Inggeris.

BHOnline





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker