KPT, PAKULN kolaborasi jaga kebajikan siswa B40

 

KPT, PAKULN kolaborasi jaga kebajikan siswa B40

 

PUTRAJAYA – Pertubuhan Alumni Kelab-Kelab UMNO Luar Negara (PAKULN) mempunyai hasrat untuk berkolaborasi dengan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bagi menyediakan bantuan khusus kepada pelajar B40.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad berkata, hasrat berkenaan tidak mustahil untuk dilaksanakan kerana melibatkan hal kebajikan pelajar.

“Setakat ini, usaha berkenaan masih berada dalam peringkat perbincangan kerana PAKULN menawarkan bantuan pelbagai bentuk kepada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) yang datang daripada golongan B40.

“KPT menyambut baik dengan tawaran sebegini kerana ia sejajar dengan tanggungjawab kementerian untuk menjaga kebajikan serta mengurangkan beban kewangan yang dihadapi keluarga termasuk kos pengajian,” katanya menerusi satu kenyataan, di sini, semalam.

Selasa lalu, Timbalan Pengerusi PAKULN, Prof. Datuk Dr. Mohd Zainul Fithri Othman mengetuai delegasi berkunjung ke Bangunan KPT sambil diiringi Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Prof. Datuk Dr. Husaini Omar.




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading