IPD Sepang lupus barangan kes bernilai RM1.1 juta

SEPANG: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang melupuskan pelbagai barangan kes dengan nilai keseluruhan RM1.1 juta hari ini.

Ketua Polis IPD Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, semua barangan dilupuskan itu adalah hasil rampasan dilakukan melalui tujuh kes antara 2018 hingga 2021.

Katanya, selain lima berkaitan arak, baki dua lagi membabitkan kes rokok tidak sah dan rampasan mesin bitcoin.



Mengulas lanjut, beliau berkata minuman keras dan rokok yang dirampas itu dipercayai dibawa dari luar untuk dipasarkan di kawasan ini, manakala kes mesin bitcoin membabitkan rampasan yang dilakukan di Putra Perdana, Puchong.

“Sebanyak 11 tangkapan dibuat membabitkan kes arak dan rokok, manakala untuk kes bitcoin tiada sebarangan penahanan dilakukan.

“Penahanan membabitkan tujuh lelaki warga tempatan, tiga warga Bangladesh dan satu warga Myanmar yang semuanya berusia antara 21 hingga 48 tahun,” katanya pada sidang media selepas majlis pelupusan barang kes itu hari ini.

Turut hadir menyaksikan pelupusan barang kes itu ialah Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Senior Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib.



Wan Kamarul berkata, pelupusan barang kes hari ini adalah yang pertama dilakukan tahun ini dan ia terbesar sejak 2018 hingga 2021.

BHOnline

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button