Rakyat suka KJ jadi Presiden Umno
Oleh – Bakhtiar Omar
KJ atau Khairy Jamaluddin merupakan bekas Ketua Pemuda Umno merangkap Menteri Kesihatan dijangka akan disukai sekiranya beliau menjadi Presiden Umno.
Dikenali dengan gelaran “Tall, Dark and Handsome”, populariti KJ di kalangan anak muda lebih terserlah. Gaya pemikiran yang lebih terbuka menjadi antara aset penting KJ menarik perhatian untuk golongan pengundi 18 kembali kepada Umno.
Dengan 1.4 juta pengikut di facebook, KJ sebenarnya jauh mengatasi kalangan pemimpin Umno yang sezaman dengannya.
Polisi-polisi yang beliau bawa ketika ini turut menarik perhatian ramai kalangan ahli Umno yang mahu rejunivasi dalam parti.
KJ yang kalah ketika bertanding jawatan Presiden Umno sewaktu pemilihan Umno 2018, perlu menunjukkan komitmen beliau kepada parti.
Menyaingi Naib Presiden Umno, Dato Seri Ismail Sabri dari jumlah pengikut di facebook, KJ memberi impak yang lebih kuat untuk dipilih generasi baru Umno.
Berbanding Ismail Sabri, yang dibantu ‘tentera siber’ untuk menaikkan imej sebagai Perdana Menteri, KJ tidak memerlukannya kerana imej beliau sendiri sudah cukup kuat untuk diketengahkan sebagai Presiden Umno.
Imej bersih dan tidak terpalit dengan kontroversi juga antara ciri-ciri yang baik untuk KJ bertanding jawatan Presiden Umno kelak.
Hal UKSB pula hanyalah ‘Hearsay’ kerana tiada sebarang tindakan dikenakan terhadap KJ termasuk kisah KBS semasa beliau menjadi Menteri Belia dan Sukan.
Ini sebenarnya yang Umno perlukan bagi persediaan berdepan generasi Z dan baik untuk survival Umno itu sendiri.
Jadi tidak salah sekiranya pada pemilihan Umno, KJ dipilih sebagai Presiden Umno yang baru.