‘Perikatan Harapan’ akan jadi kenyataan



Oleh – Ku Zairi Ku Kamal

'Perikatan Harapan' bakal jadi kenyataan

Mutakhir ini desas-desus berlaku gabungan antara Perikatan Nasional dan Pakatan Harapan yang dikenali sebagai ‘Perikatan Harapan’ dikatakan akan jadi kenyataan.

Berdasarkan gerakan serta kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan, tidak mustahil idea KHEMAH BESAR dijenamakan atau dirombak semula bagi menyakinkan rakyat.

Sabtu lepas, Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menyatakan, ‘musuh’ mereka ialah Barisan Nasional. PN juga terbuka kepada mana-mana parti yang mahu bergabung bagi memastikan BN tidak kembali menguasai kerajaan pada PRU15.



'Perikatan Harapan' bakal jadi kenyataan

Rujukan – https://www.thestar.com.my/news/nation/2022/08/27/ge15-main-enemy-is-barisan-says-muhyiddin-on-perikatan039s-potential-collaborations

Sebagaimana semua maklum, teras utama Perikatan Nasional adalah Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan mereka sebelum ini merupakan gabungan dalam Pakatan Harapan.

Walaupun kini PN merupakan sebahagian dari kerajaan menerusi Keluarga Malaysia, mereka sebenarnya enggan lagi diketuai oleh seorang dari Umno/BN dan perancangan menyingkirkan Ismail Sabri Yaakob dari jawatan telah lama dirancang.

'Perikatan Harapan' bakal jadi kenyataan
Menteri Kanan Pendidikan, Senator Radzi Jidin

Menteri Kanan Pendidikan, Senator RADZI JIDIN dalam satu kenyataan menggesa agar semua pihak (termasuk pembangkang) melihat BN sebagai ‘musuh yang satu’ untuk dikalahkan dalam PRU kelak. 



Ketua Pemuda PN, Ahmad Fadhli Shaari pula menegaskan Perikatan Nasional (PN) perlu memilih sama ada mahu bekerjasama dengan BN atau PH jika mahu merealisasikan impian kembali ke Putrajaya.

Muhyiddin lawan Mukhriz, siapa bakal PM?

 

 

 

 

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker