Tun M ugut saya – Zahid

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mendakwa diugut oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk membubarkan UMNO jika tidak mahu sesuatu berlaku ke atas dirinya.

 

Oleh Azrin Muhammad



MESKIPUN Datuk Seri Najib Razak sudah disumbat ke dalam penjara, Tun Dr. Mahathir Mohamad masih belum senang duduk dan rasa tercabar dengan kewibawaan UMNO.

Kali ini, giliran Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi perlu naik dan turun mahkamah selepas dikaitkan dengan pelbagai kes jenayah.

Ahmad Zahid kini sedang sibuk membela diri terhadap 47 pertuduhan penyelewengan dana Yayasan Akalbudi yang diasaskan sendiri olehnya.

Menurut Ahmad Zahid, tuduhan jenayah ke atasnya dibuat susulan daripada ugutan oleh seorang bekas Perdana Menteri yang berusia hampir satu abad kerana tidak membubarkan UMNO.



“Sesuatu akan berlaku kepada saya jika saya tidak berbuat demikian.

“Ugutan yang dinyatakan oleh Tun Mahathir tidak spesifik mengenai perkara berkaitan Yayasan Akalbudi, sebaliknya berhubung jawatan dalam parti iaitu apabila menjalankan tugas sebagai presiden parti,” katanya dalam satu laporan media tempatan, hari ini.

Katanya, Tun Mahathir sebelum ini pernah menyatakan mahu berjumpa bagi mengemukakan ugutan supaya membubarkan UMNO atau sesuatu akan dilakukan terhadapnya.

Dalam masa sama, Ahmad Zahid memberitahu, tindakan siasatan dan pertuduhan ke atas dirinya sudah tentu mempunyai hubung kait dengan ugutan yang diterima sebelum ini.



“Walaupun Tun Mahathir menafikan ugutan tersebut, namun beliau mengakui dalam beberapa laporan media cetak utama yang meminta saya membubarkan UMNO.

“Pengakuan berkenaan jelas dan boleh dijadikan bukti kukuh yang Tun Mahathir mengugut saya untuk membubarkan parti termasuk keluar parti sebelum menyertai partinya,” ujarnya.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button