Komponen alat pemantauan Gunung Marapi dicuri

Komponen alat pemantauan Gunung Marapi dicuri

Komponen alat pemantauan Gunung Marapi dicuri
GUNUNG Marapi. Foto Reuters

Jakarta: Wakil Presiden Republik Indonesia Ma’ruf Amin mendedahkan berlaku kes kecurian komponen alat pemantauan Gunung Marapi di Sumatera Barat, Indonesia selepas berlakunya letusan di kawasan terbabit.

Portal Den Pasar Kompas melaporkan, Ma’ruf meminta pihak keselamatan meningkatkan kawalan terhadap alat pemantau letusan gunung berapi ketika menghadiri majlis penghargaan dan penyerahan hasil evaluasi sistem akauntabiliti prestasi badan pemerintah di daerah Badung, Bali.

“Dikatakan berlaku kecurian dan sebab itu penguatkuasannya diperketat,” kata Ma’ruf.



Ma’ruf juga menekankan pentingnya usaha mitigasi bencana.

Salah satunya dengan melarang masyarakat melakukan pendakian dan menjauhi wilayah dalam radius berbahaya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Rozi Mamat gantikan Ahmad Said di Terengganu




Disebabkan itu, Ma’ruf meminta Badan Penanggulangan Bencana Daerah (BPBD) menjalin koordinasi dengan Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi (PVMBG) untuk memperkuatkan mitigasi.

“Langkahnya adalah kerjasama untuk terus memantau, jangan sampai nanti akan berlaku bahaya, tapi tidak ada amaran untuk larangan,” katanya.

Sementara itu, Koordinator Pengamatan dan Penyelidikan Gunung Api PVMBG Ahmad Basuki berkata, beberapa komponen alat pemantau Gunung Marapi di Sumatera Barat dicuri.

Salah satunya adalah aki (bateri) yang terpasang di Stesen Pemantauan Gunung Api Marapi (GGSL).



“Aki berfungsi untuk membekalkan elektrik ke peralatan kami. Tanpa bekalan elektrik, automatik peralatan tidak berjalan,” kata Ahmad.

Menurutnya, sudah dua kali alat itu dicuri tahun ini iaitu pada Mac dan September.

Meskipun begitu, dia memastikan alat pemantau Gunung Marapi dalam keadaan baik ketika letusan terjadi pada 3 Disember lau.

“(Saat letusan) Semua peralatan baik,” katanya



Menurut rekod, seranai 75 pendaki terbabit dalam insiden letusan Gunung Marapi dan 23 daripadanya meninggal dunia.

Komponen alat pemantauan Gunung Marapi dicuri

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Isham Jalil Menjadi Baruah Mahathir Memainkan Sentimen Anti DAP




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading