Arsenal mulakan kempen dengan rentak kemenangan

PARIS: Pemain remaja Brazil, Marquinhos meledak pada penampilan pertamanya bersama Arsenal ketika Gunners memulakan kempen Liga Europa dengan kemenangan 2-1 mengatasi FC Zurich di Switzerland awal pagi tadi.

Pemain berusia 19 tahun, Marquinhos, yang ditandatangani dari Sao Paulo pada Jun, menyudahkan hantaran rendah Eddie Nketiah pada minit ke-16 untuk meletakan Arsenal di depan dekat St Gallen.

Zurich, yang juga juara Switzerland musim lalu, pertama kali sejak 2009, menyamakan kedudukan sebelum tamat babak pertama apabila Mirlind Kryeziu menyempurnakan penalti selepas kekasaran dilakukan Nketiah.



Bagaimanapun Nketiah membalas kesilapannya dengan menjaringkan gol kemenangan selepas sejam perlawanan apabila menerima hantaran dari Marquinhos.

Kemenangan itu memberikan permulaan sempurna dalam Kumpulan A buat Arsenal, selepas jurulatih, Mikel Arteta membuat lapan perubahan dalam kesebelasan utamanya selepas kalah 3-1 kepada Manchester United dalam Liga Perdana.

Gabriel Jesus, Martin Odegaard dan Aaron Ramsdale antara pemain direhatkan manakala Marquinhos membuat penampilan pertama sama seperti penjaga gol dari Amerika Syarikat, Matt Turner yang ditandatangani dari New England Revolution.

Fabio Vieira juga membuat penampilan pertama sejak menyertai pasukan dari Porto.



Pencabar utama dari kumpulan itu, PSV Eindhoven dan Bodo/Glimt seri 1-1 di Belanda apabila Cody Gakpo menyamakan kedudukan buat skuad kendalian Ruud van Nistelrooy selepas Albert Gronbaek memberikan gol pendahuluan buar juara Norway itu.

Arsenal akan menanti PSV di Stadium Emirates Khamis depan.

AFP



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button