PN calonkan Muhyiddin, Ismail letak mana?

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal


PN calonkan Muhyiddin, Ismail letak mana?

 



PN (Perikatan Nasional) menimbulkan spekulasi besar apabila mencalonkan Muhyiddin sebagai PM sekaligus mengenepikan Ismail Sabri pada PRU15 kelak.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan seorang ahli Majlis Pimpinan Tertinggi,Muhyiddin adalah calon paling sesuai menjadi PM selepas berjaya membuktikan kecemerlangannya selama 17 bulan.

Komponen Perikatan Nasional juga telah bersetuju menamakan Muhyiddin sebagai calon PM sekiranya parti itu berjaya memenangi PRU15.

PAS dalam pada itu telah menyatakan hasrat untuk bertanding di 80 kerusi Parlimen dan mensasarkan untuk memenangi 40 kerusi sekaligus menjadi ‘King Maker’ kepada mana-mana parti yang memerlukan sokongan tambahan membentuk kerajaan.



PN calonkan Muhyiddin, Ismail letak mana?

Ketika Muktamar Tahunan ke-68 baru-baru ini, tanpa berselindung pemimpin parti itu menyasarkan untuk menang 40 kerusi Parlimen bagi menjayakan cita-cita menjadi king maker.

Ternyata, kerjasama membentuk Keluarga Malaysia bukanlah jaminan untuk Ismail Sabri Yaakob terus diberikan keistimewaan oleh PN. Walaupun Ismail ‘sayang’ kepada kerjasama Keluarga Malaysia, beliau sebenarnya hanyalah ‘alat tunggangan’ kepada PPBM, GERAKAN dan PAS untuk terus berkuasa.

Sebaliknya, Umno yang bersetuju mengekalkan Ismail Sabri Yaakob sebagai PM selepas PRU15 digambarkan oleh aktivis siber Pro-Keluarga Malaysia mahu ‘membenamkan’ karier politik Ismail Sabri.



Dengan menggunakan media sosial, aktivis siber Pro-Keluarga Malaysia melancarkan serangan terhadap kepimpinan Umno sekarang. Presiden Umno, Zahid Hamidi didakwa dengan pelbagai tuduhan bersifat negatif.

Mungkin aktivis siber Keluarga Malaysia telah ‘dibutakan’ pandangan mereka akan perancangan sebenar PN yang mahu menyingkirkan Ismail Sabri dari Putrajaya.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button