Parlimen bubar sebelum UNGA berlangsung?
Persidangan UNGA 13 September - 27 September 2022
Oleh – Ku Zairi Ku Kamal
Cakap-cakap politik kedai kopi kalangan ahli Parlimen memberi isyarat pembubaran akan berlaku sebelum UNGA 2022 berlangsung di New York.
Mesyuarat MKT Umno yang dijadualkan pada 17 September ini dikatakan akan menjadi titik tolak penentuan tarikh sebenar Parlimen dibubarkan.
Menurut beberapa ahli politik, mereka menjangkakan, Perdana Menteri akan melakukan kejutan sebelum Delegasi Malaysia bertolak ke Amerika.
Suhu politik negara yang kian panas juga tidak memungkinkan pembentangan Belanjawan 2023 diluluskan jika dibentangkan di Parlimen.
Walau Perikatan Nasional turut bersama dalam kerajaan Keluarga Malaysia, belum tentu pembentangan Belanjawan 2023 akan disokong berikutan masih tiada jaminan parti itu mampu memenangi PRU15 tanpa bergabung dengan parti lain.
Perlu diingat, MoU antara Kerajaan dan Pakatan Harapan sudah tamat tempoh pada 31 Julai lepas dan ini akan dijadikan alasan mereka untuk tidak memberikan sokongan kepada kerajaan.
Lebih mempengaruhi kawalan pembubaran Parlimen ialah ‘Perjanjian Persefahaman’ antara Ismail Sabri dan Muhyiddin Yassin.
Walaupun Ismail menganggap itu sebagai perkara lama, Perjanjian Persefahaman tersebut banyak mempengaruhi keadaan politik kerajaan.
Mengambil kira tarikh UNGA berlangsung, tidak mustahil, Ismail Sabri mahu memberi ruang kepada semua pihak bertenang sebaik Parlimen dibubarkan.
Pihak Suruhanjaya Pilihanraya juga memerlukan masa untuk menyelaras semua keperluan bagi melangsungkan Pilihanraya Umum Ke-15.
Dengan perkembangan ekonomi yang tidak memberangsangkan, pelabur tidak berani melabur sehingga sebuah kerajaan stabil dapat dibentuk menjadi penanda aras kemungkinan pembubaran perlu dilakukan pada kadar segera.
Majlis Pemulihan Negara wajar dibubarkan