7 tahun bawa BMW X6 tanpa cukai jalan

Oleh – Syeikh Baran


7 tahun bawa BMW X6 tanpa cukai jalan
Pegawai JPJ melakukan pemeriksaan terhadap BMW X6 tersebut.

Tindakan seorang lelaki memandu kenderaan mewah jenis BMW X6 yang telah tamat tempoh Lesen Kenderaan Motor (LKM) atau cukai jalan selama tujuh tahun membawa padah apabila ditahan di Lebuh Raya Grand Sepadu hala Bukit Raja di sini semalam.

Penahanan lelaki berusia 59 tahun itu dilakukan kira-kira pukul 11.30 pagi menerusi Op Hari Raya Aidilfitri (HRA) 2024.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor, Azrin Borhan berkata, siasatan awal mendapati lelaki tersebut baru pulang dari membeli barang di sebuah kedai di Kapar, Klang dekat sini.

Katanya, lelaki itu memberikan alasan tidak memperbaharuinya LKM disebabkan hanya memandu kenderaan utiliti sukan (SUV) tersebut pada jarak dekat sahaja.

“Leaki berkenaan juga mengakui tidak pernah menukar nama selepas membeli kenderaan tersebut.

“Kenderaan tersebut juga tidak mempunyai insurans sebagai perlindungan diri,” katanya ketika dihubungi hari ini.

 

Jelas Azrin, kenderaan tersebut kemudiannya disita dibawah Seksyen 64(1) APJ dan dibawa ke JPJ Shah Alam.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker