Ini Tips Rebus Telur Supaya Mudah Dikupas

Licin, Tanpa Cacat Cela!

Ini Tips Rebus Telur Supaya Mudah Dikupas

Ini Tips Rebus Telur Supaya Mudah Dikupas

“Aduhai, habis telur rebus aku berlubang-lubang. Kenapa susah sangat nak kupas? Malulah nak hidang pada tetamu macam ni… Macam mana agaknya orang yang selalu masak sekali banyak tu kupas telur. Semua licin, perfect!”

Pelbagai sajian yang diserikan dengan telur rebus memang menyelerakan. Biasanya, orang akan masak sekali banyak untuk buat bihun sup, mee kari, mee jawa, laksa, dan sebagainya. Ada juga yang suka makan begitu saja.



Mungkin ramai yang perasan, masa mengupas telur rebus ini, bahagian putih telur selalu terlekat sekali bersama kulitnya. Akibatnya, hasil kupasan telur tadi kelihatan menggerutu dan tidak cantik. Malah, ada masanya sampai terkoyak dan terbelah menampakkan bahagian kuning telur. Walaupun rasanya tidak terjejas, tapi rasa tak seronoklah nak menikmati telur rebus bila rupanya tak secantik yang kita harapkan, apatah lagi nak dihidang untuk tetamu yang istimewa.

Walau apa pun, jangan risau. Dalam perkongsian kali ini, Puan Waheeda Basiron akan menunjukkan rahsia merebus telur yang akan menjadikan hasil kupasannya mulus dan licin. Tak ada cacat cela lagi!

TIPS REBUS TELUR SUPAYA MUDAH DIKUPAS. LICIN, TANPA CACAT CELA!

Berikut adalah cara-caranya.

Mula-mula, macam biasalah. Basuhkan telur bersih-bersih dan masukkan ke dalam periuk dan tambah air.



(Tak perlu air mendidih baru nak masukkan telur ya.)

2. MASUKKAN GARAM & MINYAK MASAK

Kemudian, masukkan 2 bahan ini – sesudu garam dan sesudu minyak masak.

Inilah rahsianya yang menjadikan kulit telur mudah terasing daripada isinya.

Ini Tips Rebus Telur Supaya Mudah Dikupas



Ini Tips Rebus Telur Supaya Mudah Dikupas

3. REBUSKAN

Tunggu telur siap direbus lebih kurang 10-15 minit atau sehingga air menggelegak.

Ini Tips Rebus Telur Supaya Mudah Dikupas

4. RENDAM & KUPAS

Akhir sekali, rendamkan dalam air biasa sekejap untuk hilangkan panas. Bila dah agak suam, bolehlah terus kupas macam biasa.



Beginilah hasilnya, memang memuaskan. Rasa ‘geram’ pun ada bila tengok, kan?

Ini Tips Rebus Telur Supaya Mudah Dikupas

MUDAH SAJA, BUKAN?

Rupanya hanya dengan memasukkan 2 bahan sedia ada di rumah ini, telur rebus akan lebih mudah dikupas tanpa meninggalkan sebarang cacat cela.

Tak perlu risau ya, telur yang direbus tadi takkan menyerap sebarang rasa masin atau minyak yang diletakkan. Rasa telur rebus ini macam biasa saja, tetap tak berubah.



Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!

 

Ini Tips Rebus Telur Supaya Mudah Dikupas

 



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button