Najib sudah kedalam, Ismail Sabri kini  sasaran ‘direct’  Anwar dan Rafizi.



Oleh Adam Malik

Seperti laporan kami terdahulu, Najib Razak sebenarnya menjadi ‘buffer’ serangan terhadap Barisan Nasional.

Selain menjadi ‘buffer’ dan perisai , Najib Razak juga berperanan sebagai orang yang ‘bite the bullet’ untuk BN dan UMNO.

Sesiapa yang mahu menyerang BN dan UMNO , harus melalui Najib Razak terlebih dahulu.



Apa2 serangan yang datang , DSNR akan ‘counter’ dengan fakta dan statistik.

Pada hal ini, hampir semua temberang Anwar , Rafizi, Lim Kit Siang dan Tun Mahathir dipatah kan dengan mudah oleh Najib.

Itu sebab juga mahkamah sangat tergesa gesa mahu letak kan Najib dalam penjara.

Seolah olah mahkamah ada kepentingan mengejar waktu dan bukan mengejar keadilan.



Parbuatan DSNR menjawap serangan sangat dibenci dan mendatangkan kemarahan meluap luap terutama nya kepada Tun Mahathir, Lim Guan Eng dan Rafizi.

Semua persepsi , penipuan dan auta dijawap segera oleh DSNR.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri pula selama ini dianggap bertaraf ‘minor’ dan ‘lauk’ sahaja oleh mereka2 yang disebut datas.

Mereka menganggap menyerang Najib Razak terlebih dahulu adalah sangat penting kerana disitu kekuatan BN dan UMNO.



Najib Razak ada lah “Pivot” kepada BN dan UMNO.

DSIS pula diangap sebagai “secondary” selepas Najib dan Zahid.

Maka , selepas Najib sudah ke penjara dan Zahid Hamidi pula dianggap akan menyusuri Najib seperti skrip yang sudah siap (bukan kerana bersalah) kini sasaran dan kritikan adalah Ismail Sabri sambil menunggu skrip mengenakan Tok Mat Hassan disiapkan.

Jika Ismail Sabri sangka dirinya selamat , maka ia satu kesilapan besar.



Datuk Ismail Sabri hanya selamat kerana mereka mengetahui boleh membantu melemahkan UMNO secara sengaja dan tidak sengaja.

Pemimpin UMNO akan dimasuk kan kepenjara dan mahkamah satu persatu dibawah kepimpinan DSIS dan sesiapa mengkritik pendakwaan tidak adil akan disergah dengan kenyataan , mereka didakwa ketika orang UMNO sendiri yang jadi Perdana Menteri.

Terbaru , apabila Muhyiddin Yassin dinobatkan sebagai calon Perdana Menteri oleh Perikatan Nasionai maka , persoalan , dimana pula letak kedudukan DSIS dalam keluarga PN?

Apaguna mempertahankan DSIS jika bukan dia calon Perdana Menteri dari gabungan sedia ada?

Kelmarin , apabila Anwar Ibrahim yang melaung sekuat hati mahu humban Ismail Sabri dan Rafizi pula menguggut mahu penjarakan DSIS , maka jelas , DSIS telah mula menerima kesan ‘ketiadaan Najib” sebagai ‘buffer’.

Lebih dari separuh dari akar umbi UMNO pula merasakan DSIS bukan dari kalangan mereka dan tiada nilai untuk dipertahan kan, kerana dilihat sebagai alat pihak lawan.

Faktor ini ditambahkan pula dengan DSIS tidak sehaluan dengan kehendak akar umbi dan lebih condong kepada pihak lawan.

Malah , banyak bukti didapati oleh ahli UMNO bahawa DSIS dibawah ‘remote’ pihak lain.

Ahli UMNO perlu hidup dalam realiti dan bukan andaian.

Ini lah kedudukan sebenar yang tanpa prejudis.

Ketiadaan Najib Razak , umpama satu vacuum, dan belum ada dalam masa terdekat pengganti yang setara dalam pertahan kan UMNO.

Presiden pula sedang di ikat tangan.

Penyokong tegar DSIS didalam alam maya masih ditakuk lama , mereka tidak berapa ‘knowledgeable” dalam banyak isu selain menyerang sesama sendiri.

Mereka dilihat obses pertahankan jawatan Perdana Menteri dari pertahankan UMNO

Apa yang boleh dibuat?

Hang Nadim yang bagi cadangan lawan ikan todak sudah dibunuh kerana fitnah , kini tinggal Hang tak guna sahaja yang ramai untuk pertahankan Ismail Sabri.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker