King Coco Kritik Video Promo Merendahkan Martabat Kaum Wanita
“Publisiti Yang Di Buat-Buat”
King Coco Kritik Video Promo Merendahkan Martabat Kaum Wanita
King Coco atau nama sebenarnya Marshaira Ismail telah mengkiritik individu yang terbabit video promo kempen kerajaan baru-baru ini. Di IG Stories King Coco mengkritik individu berpengaruh dalam video yang berkata ‘perempuan ini selalu lambat’.
“Apa perempuan lambat? slow? kita sepatutnya encourage, bukan menjatuhkan. dah duduk atas pun tak tahu beza, apa itu jatuh, apa itu sokong, apa itu menyedarkan.-tulisnya
King Coco beranggapan bahawa perbuatan selebriti itu menjatuhkan maruah perempuan apabila dia mengatakan perempuan lambat dan slow. Dia juga mengatakan bahawa selebriti tidak dapat membezakan antara menjatuhkan, menyokong, dan juga menyedarkan.
Hanya Untuk Publisiti
Publisiti yang dibuat-buat- King Coco
Tulisnya lagi, kelakuan itu hanyalah publisiti yang hanya dibuat-buat. Namun begitu, dia tidak besetuju dengan tindakan selebriti itu seolah-olah menjatuhkan perempuan.
Terdahulu, video promosi kempen kerajaan yang memaparkan Menteri Pembangunan, Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun dan pelakon Datuk Rosyam Nor hari ini menjadi bualan hangat warganet. Ia disebabkan video terbabit menampilkan kata-kata Rosyam yang berlagak ala-ala samseng. Rosyam juga mengeluarkan bahasa yang dianggap kurang sopan selain merendahkan martabat kaum wanita.
Apapun yang terjadi, harap dapat diselesaikan dengan cara baik.
King Coco sah bercerai dengan pasangan
King Coco Kritik Video Promo Merendahkan Martabat Kaum Wanita
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- War Cabinet Akan Di Bentuk Selepas 28 September 2022?
- Jangan Manipulasi Titah Agong
- Mesyuarat MKT UMNO Di Tangguhkan
- “Kita humban mereka” – Anwar naik ‘syeh’
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :