2 jurutera kerajaan ditahan minta rasuah

2 jurutera kerajaan ditahan minta rasuah

2 jurutera kerajaan ditahan minta rasuah
Foto hiasan.

KUALA LUMPUR: Dua penolong jurutera sebuah jabatan kerajaan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM5,000.

Difahamkan, rasuah itu diterima sebagai balasan untuk membantu pemilik syarikat mendapatkan projek penyelenggaraan dan naik taraf sekolah bernilai kira-kira RM70,000.

Menurut sumber, dua suspek berusia lingkungan 40-an dan 50-an itu ditahan secara berasingan di pejabat SPRM Perak ketika hadir memberi keterangan.



“Suspek pertama ditahan kira-kira 2.30 petang semalam….suspek kedua pula ditahan kira-kira 1.30 pagi tadi kerana disyaki bersubahat dengan suspek pertama.

“Kedua-dua mereka juga dipercayai meminta rasuah daripada beberapa pihak berkaitan projek lain bagi membantu mendapatkan tawaran kerja dikeluarkan jabatan berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Perak, Ahmad Sabri Mohamed ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu.

“SPRM memohon perintah reman di Mahkamah Majistret Ipoh hari ini dan Majistret Noor Azreen Liana Mohd Darus membenarkan reman selama lima hari sehingga 25 Oktober depan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009,” katanya.



2 jurutera kerajaan ditahan minta rasuah

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Benarkah BERSATU berpecah kepada 4 kem?



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button