Seorang lelaki dan wanita ditahan dipercayai guna identiti kerabat Diraja Kelantan

Seorang lelaki dan wanita ditahan dipercayai guna identiti kerabat Diraja Kelantan

Seorang lelaki dan wanita ditahan dipercayai guna identiti kerabat Diraja Kelantan
Polis sedang mengesan Khairul Khuzaini Zamsani, 28, bagi membantu siasatan berkaitan kes penipuan pelaburan emas. – NSTP/Ihsan PDRM

KOTA BHARU: Polis menahan seorang lelaki dan wanita, petang kelmarin, bagi membantu siasatan kes berkaitan pelaburan emas menggunakan identiti kerabat Diraja Kelantan.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud, berkata kedua-dua mereka ditahan selepas polis menerima laporan ada beberapa individu menggunakan gambar kerabat Diraja Kelantan bagi merasmikan premis perniagaan emas di kawasan Kota Bharu, Isnin lalu.

Bagaimanapun, katanya, pengesahan yang diperoleh daripada pihak Istana Kelantan menyatakan perkara berkenaan adalah tidak benar.



“Berikutan itu, tangkapan dilakukan ke atas suspek lelaki berusia 42 tahun dan wanita berusia 46 tahun, masing-masing pemilik syarikat serta pekerja kedai emas, pada jam 4 petang.

“Mereka ditahan mengikut Seksyen 420 dan Seksyen 511 Kanun Keseksaan, selain sudah dibawa ke mahkamah dan direman tiga hari, bermula 21 Oktober hingga 23 Oktober untuk siasatan lanjut,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Benarkah MY Airlines Bermaksud Muhyiddin Yasin Airlines?




Mohd Rosdi berkata, susulan itu, pihaknya sedang mengesan seorang lagi lelaki dikenali sebagai Khairul Khuzaini Zamsani, 28, bagi membantu siasatan.

Katanya, semakan mendapati suspek mempunyai beberapa rekod jenayah lampau, antaranya membabitkan Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan Seksyen 4(1) Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA).

“Hasil risikan dan siasatan juga mendapati, mereka menggunakan modus operandi dengan menjalankan aktiviti pelaburan yang meragukan serta menjurus kepada penipuan terhadap orang ramai.

“Berikutan itu, orang ramai yang ada maklumat berkaitan kes ini diminta menyalurkan maklumat kepada pegawai penyiasat, Inspektor Muhd Eran Mustapha Amir Shariffudin (JSJK Kelantan) di talian 012-3011852 atau 09-7752200,” katanya.



Seorang lelaki dan wanita ditahan dipercayai guna identiti kerabat Diraja Kelantan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Benarkah BERSATU berpecah kepada 4 kem?

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading