Dua pasukan paling lemah di dunia sama kuat

San Marino: San Marino menamatkan rekod kekalahan 18 perlawanan berturut-turut tetapi melepaskan peluang meraih kemenangan kedua mereka dalam sejarah di peringkat antarabangsa selepas seri 0-0 dengan Seychelles dalam aksi persahabatan membabitkan dua pasukan menduduki ranking Fifa paling rendah.

San Marino mempunyai populasi 33,000 penduduk menentang negara terkecil di Afrika yang populasinya tiga kali ganda berbanding tuan rumah tetapi kedua-dunya mempunyai rekod buruk dalam bola sepak antarabangsa.

San Marino yang tidak pernah menang sejak 18 tahun lalu dan berada di tempat tercorot dalam ranking 211 pasukan Fifa kini dalam persiapan berdepan Estonia untuk aksi Liga Negara-Negara Isnin ini.



Satu-satunya kejayaan mereka sepanjang 193 aksi antarabangsa ialah ketika menewaskan Liechtenstein pada 2004 dan tidak pernah menang 124 perlawanan termasuk pertembungan awal pagi tadi yang hampir dibatalkan selepas Seychelles berdepan kesukaran logistik sebelum terbang ke Eropah.

Seychelles pula yang menduduki ranking ke-198 tidak pernah menang dalam 45 aksi antarabangsa terakhir sejak menewaskan Lesotho dalam aksi kelayakan Piala Negara-Negara Afrika pada 2016.

Perlawanan pagi tadi adalah yang kedua buat San Marino menentang lawan dari luar Eropah selepas tewas kepada Cape Verde Islands awal tahun ini.

METRO



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button