Lebih 40 merpati mati di Tebingan Kuching, SFC siasat punca

Lebih 40 merpati mati di Tebingan Kuching, SFC siasat punca

Lebih 40 merpati mati di Tebingan Kuching, SFC siasat punca
Petugas SFC mengumpul spesimen burung merpati yang mati di kawasan berhampiran Masjid Terapung di Tebingan Kuching. – NSTP/ MELVIN JONI

KUCHING: Lebih 40 burung merpati mati di kawasan berhampiran Masjid Terapung di Tebingan Kuching, di sini, semalam dengan Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) kini menjalankan siasatan untuk mengenal pasti punca.

SFC melalui kenyataan berkata, susulan kejadian itu pihaknya mengerahkan pasukan ke lokasi untuk mengumpul semua spesimen.

“Sampel dikumpul akan dihantar untuk dianalisis di makmal,” katanya.



Dalam pada itu, SFC memaklumkan semua merpati terbabit adalah jinak dan tidak disenaraikan sebagai spesies dilindungi di bawah Ordinan Perlindungan Hidupan Liar 1998.

“Kami akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) berkaitan untuk mengumpulkan lebih banyak maklumat dan data,” katanya.

Sementara, Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) berkata pihaknya memasang pita keselamatan bagi memastikan lokasi di mana lebih 40 merpati itu mati tidak dimasuki orang awam.

“DBKU memandang serius perkara ini dan sedang menyiasat insiden terbabit,” katanya menerusi kenyataan.



Lebih 40 merpati mati di Tebingan Kuching, SFC siasat punca


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Rupanya Masih Ada Penyokong DS Najib Yang Mahu Beliau Terus Kekal Dalam Penjara

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker